Search This Blog

Tuesday, August 31, 2010

Tanda-tanda 100 Hari Sebelum Mati


TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI

by Muhammad Suhaidin on Thursday, April 8, 2010 at 11:05am

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.Allah berfirman mahfumnya “Katakanlah (wahai Muhammad); Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)” As Sajadah-11insyaAllah sahabat, sama-sama kita perbaiki diri sebelum ajal menjemput kita pergi buat selamanya.

Wassalam...

Tuesday, August 24, 2010

IKAN PATIN & TALAPIA SANGKAR SG PAHANG


































GERAI IKAN PATIN & TALAPIA SANGKAR KINI DIBUKA!


Kami telah beroperasi pada 31 Julai 2010.
Juga bersedia menerima tempahan bagi kenduri.
Jika anda bernasib baik, ikan sungai seperti baung, kelah, lampam, belida dll turut ada.

Kehadiran anda semua dialu-alukan ke:
Lokasi: Kg. Dala, 28500 Lanchang, Pahang Darul Makmur
(Terletak di antara pekan Lanchang dan Karak, Lebuhraya Karak)
Hubungi: 019-9656857 - Zul / 019-9636062- Amirul


















Sunday, January 24, 2010

Puak Hasad Dengki




Sedihnya hati apabila mengetahui ada di kalangan kawan-kawan yang menjadi 'back stabber'. Ingatkan dalam dunia pekerjaan yang melibatkan orang berilmu(guru) , dewasa dan matang akan terlepas daripada perkara-perkara sedemikian. Rupa-rupanya tidak.




Apakah perasaan anda, andai ada di kalangan rakan sekerja yang tiba-tiba bermasam muka dengan anda tanpa diketahui hujung pangkalnya? Apabila ditanya, pura-pura tidak mendengar... Apabila memandang anda, pandangan itu seolah-olah menghina. Apa, hina sangatkah diri ini? Tidak cukup dengan hubungan yang sebegitu, ia seolah-olah turut mendiskriminasikan anak anda. Anak anda tidak dilayan sebagaimana sewajarnya seorang murid patut dilayan (Naluri seorang ibu, apabila melibatkan anak, ia amat menghiris tangkai jantung). Apakah kerana kelebihan tertentu anda, ada yang tidak berpuas hati terhadap anda, maka tidak dapat tanduk, telinga dipulas!




Dan insan yang tergamak melakukan ini, adalah insan bernama LELAKI!




Lelaki sepatutnya memimpin, menunjukkan contoh yang terbaik. Bukannya cuba mewujudkan kontroversi dan memecah belahkan masyarakat! Kemuliaan seorang insan tidak dipandang daripada kayanya material, bijaknya pendidikan, kacaknya rupa paras dan pandai berkata-kata. Sebaliknya budi pekerti dan kesantunan bahasa serta keikhlasan hatilah yang utama....




Sesungguhnya Allah s.w.t. mengetahui setiap apa yang tercetus di dalam hati nurani hamba-Nya. Semoga Dia sentiasa memberikan petunjuk.




Yang saya tidak faham, mengapalah masyarakat Melayu mudah tidak berpuas hati di atas kelebihan dan pencapaian orang lain? Lalu ia diekspresikan melalui tingkah laku yang menjengkelkan. Apabila baru mempunyai kuasa yang sedikit, maka kuasa itu digunakan untuk menindas sesiapa yang tidak 'disukai'. Ingatlah, wahai umat, apabila kita sangka kita lemah, ada yang lain yang lebih lemah. Apabila kita sangka kita kuat, pasti ada yang lain lebih kuat.




Aduhai, sukarnya untuk mewujudkan persaingan yang sihat dalam mencapai kecemerlangan. Sepatutnya, apabila orang lain berjaya, kita tumpang bergembira, bukannya menyampah melihat kejayaan orang lain. Kalau ingin turut berjaya, oraklah langkah yang terbaik ke arah itu.....




Inilah Melayu, orang berjaya dibenci dan dihindari. Berbeza dengan budaya orang Cina , pabila orang lain berjaya, maka orang itu dihampiri untuk dipelajari rahsia kejayaannya. Kalau beginilah caranya, bagaimanalah bangsa nak maju?

Sunday, December 27, 2009


Wanita & Kupu-kupu (sambungan)

Aku menulis lagi...

Namun, seorang wanita yang menjadi isteri kepada Nabi Nuh a.s. telah bertukar menjadi seorang penentang kepada kebenaran, seorang wanita di zaman permulaan Islam begitu sanggup melapah dada Sayidina Hamzah dan mengunyah hatinya, seorang wanita tergamak meletakkan najis unta ke kepala Rasulullah s.a.w. dan dalam sejarah manusia sejagat ramai wanita yang menjadi pendorong kepada kemaksiatan, kekufuran, kehancuran dan kemusnahan lelaki.
Alangkah besar dan pentingnya peranan wanita dalam kehidupan lelaki, sebagaimana pentingnya peranan kupu-kupu dalam menambahbiakkan bunga-bungaan dan menambah indahkan bumi ini. Namun alangkah besar dan hebatnya peranan wanita dalam merosakkan kehidupan lelaki, sebagaimana besar dan hebatnya peranan kupu-kupu merosakkan dirinya sendiri dengan menerjah api.....

Wednesday, December 23, 2009

PETUA - RAWAT KULIT MELECUR

Rawati kulit yang melecur dengan susu cair atau susu pekat manis.
Tuang ke atas bahagian yang terkena air panas.
Pastinya ia tidak akan mengelembung dan berparut.

Tuesday, December 22, 2009

Wanita & Kupu-kupu (sambungan)



Demikian wanita dijadikan Tuhan untuk menghiasi bumi ini sebagaimana kupu-kupu dijadikan Tuhan untuk menghiasi bunga-bungaan. Tanpa wanita dunia ini terasa sempit dan sesak, serta tidak seronok untuk didiami. Kaum lelaki akan akan berasa rimas sebagaimana Nabi Adam a.s. pernah dilanda gelisah meskipun hidup dikelilingi kenikmatan syurga. Lalu baginda bermohon kepada Tuhan agar dikurniakan seorang teman, supaya boleh berbicara, bergurau senda dan membina sahsiahnya. Justeru, terciptalah Siti Hawa daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam a.s. Terisilah jiwa baginda dan segala kenikmatan syurga terasa bermakna.
Ternyata wanita cukup perlu dalam kehidupan lelaki sebagaimana bunga amat perlu kepada kupu-kupu bagi proses pendebungaan. Tanpa permaisuri, siapalah lelaki yang bergelar raja itu? Tanpa isteri, siapalah lelaki yangbergelar suami itu?
Tanpa Siti Khadijah, barangkali Rasulullah s.a.w. tidak mendapat dorongan yang sangat diperlukannya untuk terus bangkit, berpegang teguh kepada keyakinannya dan menyebarkan Islam sebagaimana semestinya. Tanpa Siti Aisyah, barangkali banyak hadis baginda yang tidak sampai kepada umat Islam seluruhnya. Tanpa Fatimah Az-Zahrah, barangkali Sayidina Ali r.a. tidak muncul sebagai menantu Rasulullah s.a.w yang paling disayangi. Tanpa Asiah, barangkali Nabi Musa a.s. tidak terbela sehingga menjadi penentang kepada Firaun. Tanpa Masitah, barangkali tidak terbukti betapa wanita boleh berpegang teguh kepada keimanan meskipun maut di depan mata. Dan tanpa WANITA, siapalah lelaki kerana setiap lelaki datangnya dari perut wanita.