Search This Blog

Sunday, January 24, 2010

Puak Hasad Dengki




Sedihnya hati apabila mengetahui ada di kalangan kawan-kawan yang menjadi 'back stabber'. Ingatkan dalam dunia pekerjaan yang melibatkan orang berilmu(guru) , dewasa dan matang akan terlepas daripada perkara-perkara sedemikian. Rupa-rupanya tidak.




Apakah perasaan anda, andai ada di kalangan rakan sekerja yang tiba-tiba bermasam muka dengan anda tanpa diketahui hujung pangkalnya? Apabila ditanya, pura-pura tidak mendengar... Apabila memandang anda, pandangan itu seolah-olah menghina. Apa, hina sangatkah diri ini? Tidak cukup dengan hubungan yang sebegitu, ia seolah-olah turut mendiskriminasikan anak anda. Anak anda tidak dilayan sebagaimana sewajarnya seorang murid patut dilayan (Naluri seorang ibu, apabila melibatkan anak, ia amat menghiris tangkai jantung). Apakah kerana kelebihan tertentu anda, ada yang tidak berpuas hati terhadap anda, maka tidak dapat tanduk, telinga dipulas!




Dan insan yang tergamak melakukan ini, adalah insan bernama LELAKI!




Lelaki sepatutnya memimpin, menunjukkan contoh yang terbaik. Bukannya cuba mewujudkan kontroversi dan memecah belahkan masyarakat! Kemuliaan seorang insan tidak dipandang daripada kayanya material, bijaknya pendidikan, kacaknya rupa paras dan pandai berkata-kata. Sebaliknya budi pekerti dan kesantunan bahasa serta keikhlasan hatilah yang utama....




Sesungguhnya Allah s.w.t. mengetahui setiap apa yang tercetus di dalam hati nurani hamba-Nya. Semoga Dia sentiasa memberikan petunjuk.




Yang saya tidak faham, mengapalah masyarakat Melayu mudah tidak berpuas hati di atas kelebihan dan pencapaian orang lain? Lalu ia diekspresikan melalui tingkah laku yang menjengkelkan. Apabila baru mempunyai kuasa yang sedikit, maka kuasa itu digunakan untuk menindas sesiapa yang tidak 'disukai'. Ingatlah, wahai umat, apabila kita sangka kita lemah, ada yang lain yang lebih lemah. Apabila kita sangka kita kuat, pasti ada yang lain lebih kuat.




Aduhai, sukarnya untuk mewujudkan persaingan yang sihat dalam mencapai kecemerlangan. Sepatutnya, apabila orang lain berjaya, kita tumpang bergembira, bukannya menyampah melihat kejayaan orang lain. Kalau ingin turut berjaya, oraklah langkah yang terbaik ke arah itu.....




Inilah Melayu, orang berjaya dibenci dan dihindari. Berbeza dengan budaya orang Cina , pabila orang lain berjaya, maka orang itu dihampiri untuk dipelajari rahsia kejayaannya. Kalau beginilah caranya, bagaimanalah bangsa nak maju?

1 comment: