Search This Blog

Sunday, December 20, 2009

Yang bernama wanita, bunga dan kupu-kupu itu adalah tamsilan kepada keindahan




Assalamualaikum,
Mudah-mudahan anda dilimpahi rahmat dan kesejahteraan.

Wanita & kupu-kupu



Kupu-kupu, rupanya cantik dan mempesonakan. Malangnya hanya kerana ditambah perkataan malam di belakangnya, ia bermaksud lain. Hakikatnya, bukan semua kupu-kupu keluar malam. Cuma segelintir sahaja yang gemar 'berpeleseran' pada waktu malamyang hitam pekat, itupun kerana dek terpedaya oleh terang dan indahnya lampu jalan.

Apapun kata orang, kupu-kupu tetap indah, menawan dan mempesona. Kebanyakannya terbang bebas pada waktu siang, terbang hinggap dari bunga ke bunga, menghirup sari madu, manisan duniawi yang tersembunyi di dalamnya. Kemudian, kupu-kupu terbang lagi dan hinggap pula di dedaunan segar. Siapa pun pasti melirik apabila terperasankan kelibat sang kupu-kupu. Maka terbitlah rasa ingin memiliki keindahan, kecantikan dan keunikannya di hujung jari.
Sayang sekali, sayap kupu-kupu mudah berderai. Apabila sudah berderai, tiada siapa yang mahukannnya lagi. Kupu-kupu pun terbiar, terkapai sendiri...
Wahai wanita dan kupu-kupu, anda dan ia ada persamaan,
Wahai wanita dan kupu-kupu, anda tamsilan kepada keindahan,
Wahai wanita dan kupu-kupu, anda juga adalah tamsilan kepada kerosakan juga kemusnahan....

No comments:

Post a Comment