Search This Blog

Sunday, December 27, 2009


Wanita & Kupu-kupu (sambungan)

Aku menulis lagi...

Namun, seorang wanita yang menjadi isteri kepada Nabi Nuh a.s. telah bertukar menjadi seorang penentang kepada kebenaran, seorang wanita di zaman permulaan Islam begitu sanggup melapah dada Sayidina Hamzah dan mengunyah hatinya, seorang wanita tergamak meletakkan najis unta ke kepala Rasulullah s.a.w. dan dalam sejarah manusia sejagat ramai wanita yang menjadi pendorong kepada kemaksiatan, kekufuran, kehancuran dan kemusnahan lelaki.
Alangkah besar dan pentingnya peranan wanita dalam kehidupan lelaki, sebagaimana pentingnya peranan kupu-kupu dalam menambahbiakkan bunga-bungaan dan menambah indahkan bumi ini. Namun alangkah besar dan hebatnya peranan wanita dalam merosakkan kehidupan lelaki, sebagaimana besar dan hebatnya peranan kupu-kupu merosakkan dirinya sendiri dengan menerjah api.....

Wednesday, December 23, 2009

PETUA - RAWAT KULIT MELECUR

Rawati kulit yang melecur dengan susu cair atau susu pekat manis.
Tuang ke atas bahagian yang terkena air panas.
Pastinya ia tidak akan mengelembung dan berparut.

Tuesday, December 22, 2009

Wanita & Kupu-kupu (sambungan)



Demikian wanita dijadikan Tuhan untuk menghiasi bumi ini sebagaimana kupu-kupu dijadikan Tuhan untuk menghiasi bunga-bungaan. Tanpa wanita dunia ini terasa sempit dan sesak, serta tidak seronok untuk didiami. Kaum lelaki akan akan berasa rimas sebagaimana Nabi Adam a.s. pernah dilanda gelisah meskipun hidup dikelilingi kenikmatan syurga. Lalu baginda bermohon kepada Tuhan agar dikurniakan seorang teman, supaya boleh berbicara, bergurau senda dan membina sahsiahnya. Justeru, terciptalah Siti Hawa daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam a.s. Terisilah jiwa baginda dan segala kenikmatan syurga terasa bermakna.
Ternyata wanita cukup perlu dalam kehidupan lelaki sebagaimana bunga amat perlu kepada kupu-kupu bagi proses pendebungaan. Tanpa permaisuri, siapalah lelaki yang bergelar raja itu? Tanpa isteri, siapalah lelaki yangbergelar suami itu?
Tanpa Siti Khadijah, barangkali Rasulullah s.a.w. tidak mendapat dorongan yang sangat diperlukannya untuk terus bangkit, berpegang teguh kepada keyakinannya dan menyebarkan Islam sebagaimana semestinya. Tanpa Siti Aisyah, barangkali banyak hadis baginda yang tidak sampai kepada umat Islam seluruhnya. Tanpa Fatimah Az-Zahrah, barangkali Sayidina Ali r.a. tidak muncul sebagai menantu Rasulullah s.a.w yang paling disayangi. Tanpa Asiah, barangkali Nabi Musa a.s. tidak terbela sehingga menjadi penentang kepada Firaun. Tanpa Masitah, barangkali tidak terbukti betapa wanita boleh berpegang teguh kepada keimanan meskipun maut di depan mata. Dan tanpa WANITA, siapalah lelaki kerana setiap lelaki datangnya dari perut wanita.

Sunday, December 20, 2009

Yang bernama wanita, bunga dan kupu-kupu itu adalah tamsilan kepada keindahan




Assalamualaikum,
Mudah-mudahan anda dilimpahi rahmat dan kesejahteraan.

Wanita & kupu-kupu



Kupu-kupu, rupanya cantik dan mempesonakan. Malangnya hanya kerana ditambah perkataan malam di belakangnya, ia bermaksud lain. Hakikatnya, bukan semua kupu-kupu keluar malam. Cuma segelintir sahaja yang gemar 'berpeleseran' pada waktu malamyang hitam pekat, itupun kerana dek terpedaya oleh terang dan indahnya lampu jalan.

Apapun kata orang, kupu-kupu tetap indah, menawan dan mempesona. Kebanyakannya terbang bebas pada waktu siang, terbang hinggap dari bunga ke bunga, menghirup sari madu, manisan duniawi yang tersembunyi di dalamnya. Kemudian, kupu-kupu terbang lagi dan hinggap pula di dedaunan segar. Siapa pun pasti melirik apabila terperasankan kelibat sang kupu-kupu. Maka terbitlah rasa ingin memiliki keindahan, kecantikan dan keunikannya di hujung jari.
Sayang sekali, sayap kupu-kupu mudah berderai. Apabila sudah berderai, tiada siapa yang mahukannnya lagi. Kupu-kupu pun terbiar, terkapai sendiri...
Wahai wanita dan kupu-kupu, anda dan ia ada persamaan,
Wahai wanita dan kupu-kupu, anda tamsilan kepada keindahan,
Wahai wanita dan kupu-kupu, anda juga adalah tamsilan kepada kerosakan juga kemusnahan....